1.Q : Umur berapakah yang layak untuk mendaftar di AKHTAR?
A : Umur yang layak untuk mendaftar adalah 7 Tahun – 12 Tahun (Sekolah Rendah) dan 13 Tahun – 14 Tahun (Sekolah Menengah).
2.Q : Adakah AKHTAR menyediakan asrama?
A : Tiada asrama, AKHTAR adalah sekolah integrasi harian.
3.Q : Ada syarat-syarat untuk masuk di AKHTAR?
A : Ya ada, antara syaratnya ialah pelajar perlu menduduki USP & temuduga (Pengajian Tahfiz Sepenuh Masa).
4.Q : Apa itu USP?
A : USP ialah Ujian Saringan Penilaian yang perlu diambil oleh setiap pelajar selepas mendaftarkan diri di AKHTAR. Ujian ini bertujuan untuk menilai tahap pembelajaran pelajar.
5.Q : Apakah fasiliti / kemudahan yang disediakan?
A : Keadaan kelas yang selesa dan kapasiti murid yang kecil setiap kelas, kemudahan penghawa dingin di setiap kelas dan pemantauan CCTV berpusat setiap kelas.
6. Q: Bilakah aktiviti ko-kurikulum dilaksanakan?
A: Aktiviti akan dilaksanakan pada hari Selasa & Jumaat (sebulan 2 kali).
7.Q : Dimanakah aktiviti sukan dilaksanakan?
A : Aktiviti sukan pelajar akan dilakukan di dalam dewan atau padang sekitar Akademi.
8.Q: Bagaimana dengan peperiksaan UPKK DAN UPSRA?
A :Kebiasaannya pelajar akan menduduki peperiksaan di sekolah KAFA berhampiran Akademi (Sekolah Rendah Agama Al-Muttaqin).
9.Q : Hala tuju pelajar selepas tamat sekolah?
A : Berikut adalah hala tuju pelajar setelah tamat sekolah :
Peringkat Menengah
Peringkat Tinggi